Monday 25 November 2013

Kanser apa? GIST..apa tu?

Ramai yang bertanya tentang jenis cancer yang saya hadapi...bila saya sebut  GASTROINTESTINAL STROMAL TUMOR atau GIST (pronounce geesst), ramai tanya balik...Apa tu dengan muka pelik. Bertambah pelik kalau saya terangkan jenis kanser ni tiada rawatan kimo yang sesuai. Ramai yang beranggapan kanser, mesti ada kimo atau radioterapi. Well, tell you the truth, saya pun begitu juga sebelum ini. Sehinggalah saya sendiri mengalaminya.

GIST ialah satu jenis kanser dalam keluarga Sarcoma cancer.

Nota: Sarcomas adalah kanser yang terjadi daripada sel-sel tisu badan yang menghubung tulang, tulang rawan, tendon, saraf, lemak, otot, tisu sinovia (tisu di sekeliling sendi), atau saluran darah.
(Kebanyakan kanser adalah dr jenis carcinomas, bukan sarcomas.)

GIST adalah satu jenis kanser yang jarang orang dapat. Berlaku pada saluran penghadaman atau struktur berdekatan dalam abdomen. Statistik bagi penghidap GIST di Malaysia, saya pun belum tahu. Akan saya update bila saya dapat ya. Saya hadapi jenis eGIST - Extra Gastrointestinal Stromal Tumor. Sudahlah jenis kanser yang jarang, jenis GIST yang saya hadapi pun amat jarang orang dapat. eGIST terjadi pada bahagian luar usus bukannya didalam seperti biasa. Kebanyakan tumor yang telah keluar semasa surgery bulan 6 lepas, semuanya berada di luar dinding usus. Kiranya saya ni the selected one la...Syukur , alhmadullilah.

Rawatan utama untuk GIST ni banyak bergantung kepada beberapa jenis ubat. Gleevec, Sutent dan beberapa lagi. Saya sendiri sedang mengambil Gleevec (800mg daily). Side effects? Not something that I would enjoy...but patient is virtue , right? +ve thinking...is all it takes.

OK..that's all for now. Insyallah saya akan mula menulis pengalaman saya sepanjang saya diuji dengan sakit ini.

Stay healthy, stay +ve.

./erni

Salam Perkenalan.....

Assalamualaikum,

"A Road to Recovery"

Salam perkenalan...salam ukhwah...

Entry pertama di blog ini. Erm...tak tau nak cerita apa untuk first entry ni...tapi basically blog ni saya try jadikan sebagai journal...yang cuba untuk catitkan setiap satu peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan hidup sejak disahkan kanser. Ada juga artikel-artikel yang berkaitan dengan kesihatan yang saya nak sangat kongsikan bersama. Untuk dijadikan rujukan dan contoh...Sebab saya lihat ramai antara kita ni tak berapa nak mengamalkan gaya hidup sihat. Well, look who talking...hehhe....itu dulu, sekarang ni, I'm "healthy diet freak"....setiap kali tengok makanan, terus dok terfikir dari mana sumbernya, ni ayam kampung ke ayam inject, macamana sayur dibasuh and bla..bla..Macam tu gak dengan exercises, now kalau tak buat exercise more than a day, dah mula rase BERSALAH giler....badan rase semacam bila tak kuar peluh. ermm....tulah...bila dah kena sakit baru nak terhegeh-hegeh buat itu ini kalau dulu...lemak yang bertepu-tepu kat badan buat tak kisah je...heheh..

Sepatutnya blog ni dah lama up and publish. Tetapi macam biasalah...tulis sikit..tinggalnya lama...now, I have lots time in hand....now nekad untuk tulis dan terus menulis.

So, everyone buckle up...the journey begins....

Luvs,
Flowergal aka Erni Z.